Pengeboman Mogadishu 2011

Pengeboman Mogadishu 2011 berlaku pada 4 Oktober 2011 apabila pengebom nekad memandu trak melanggar pintu gerbang kompleks peralihan Kerajaan Persekutuan di Mogadishu , Somalia . Ledakan yang terhasil membunuh sekurang-kurangnya 139 orang dan mencederakan lebih 93 yang lain .

Kumpulan Islam Al- Shabaab mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu . Serangan ini merupakan serangan terbesar sejak Al-Shabaab melancarkan pemberontakan di Somalia pada 2007.Pihak al Shabaab berundur selepas AMISOM campur tangan yang hendak mebawa bantuan kepada penduudk yang kebuluran pada musim kemarau.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne